Followers

10 December 2012

Nostalgia Dulu-dulu

Zaman kanak-kanak dulu masa awal tahun 90an, terdapat bermacam-macam permainan yang menguji ketahanan fizikal dan mental.. Ianya amat berbeza dengan permainan budak-budak zaman sekarang yang sememangnya langsung tidak mencabar..

Antara permainan dan aktiviti kanak-kanak dahulu ialah seperti berikut :

1) Bermain meriam - kanak-kanak dahulu ada yang pakar dalam menghasilkan bahan letupan..
2) Tuju kasut - antara permainan yang memerlukan kerjasama berkumpulan
3) Guli - memerlukan daya tumpuan dan kemahiran individu yang tinggi
4) Gasing - gasing siapa yang lambat berpusing akan di 'pangkah' sampai pecah (kejam betoi)..
5) Sorok-sorok - memerlukan kemahiran menyorok ala-ala komando
6) Layang-layang - perlu kemahiran memanggil angin dan tahu ke mana arah angin bertiup
7) Menangkap ikan menggunakan tangan - memerlukan skill yang amat tinggi
8) Menyeluk lubang ikan haruan - tahap keberanian dan daya tumpuan yang amat tinggi kerana kadang tertarik ular tanah..
9) Tuju buah setoi - ini yang paling mencabar..
10) Panjat pokok kelapa - siapa yang boleh panjat paling tinggi jadi juara..
11) Dam ular - permainan di musim hujan sebab tak boleh nak main di luar rumah

Banyak lagi kalau nak cerita tak larat nak karang..Bila terkenangkan zaman kanak-kanak dulu memang nostalgia betul..




05 December 2012

Memandu Kenderaan Ketika Hujan Lebat

Langit tidak selalunya cerah.Adakalanya mendung, tapi mendung tidak semestinya hujan. Ada juga ketikanya hujan, hujan gerimis (pagi, tengah hari, petang, senja, malam), hujan "ligan pak mertua", hujan ribut dan yang sewaktu dengannya..

Pada suatu ketika yang lepas, iaitu ketika sedang memandu kereta di atas jalan raya, langit dilitupi dengan awan yang gelap (tanda-tanda hujan nak turun)..Dan selang beberapa ketika, maka turunlah hujan yang amat lebat sehingga mengehadkan pandangan. Belum pernah lagi mengalami suasana yang begitu sehingga garisan di atas jalan langsung tidak kelihatan akibat ditenggelami air yang turun mencurah-curah.

Rasa seronok pula meredah hujan lebat di jalan raya ketika itu.

Sekian....

04 December 2012

Lagi Merapu

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga...

Sejengkal...Panjang tu..Kalau setakat nak mengail ikan jerung senang-senang saja tu. Jadi apa motifnya dengan peribahasa tersebut..

Jeng jeng jeng...

Dengan adanya peribahasa tersebut telah membuktikan yang ketamadunan Melayu ini suatu ketika dahulu telah lama tahu bahawa di lautan dalam yang amat dalam tu nanti akan adanya kapal selam di satu zaman kemudiannya iaitu pada zaman sekarang..

Walaupun pada ketika itu kuasa-kuasa besar dunia yang ada sekarang ni belum pernah dengar pun lagi dengan peribahasa tersebut..Gila apa nak mengail kapal selam di lautan dalam dengan kail yang panjang sejengkal..

Yo ho hooo, yo ho ho hoooo... kui kui kui...

01 December 2012

Perihal Guruh

Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurah jangan....
Mendung berarak kelabu pekat, kilat sabung menyabung, guruh berdentum dentam, angin bertiup kencang, tapi belum tentu hujan kan turun...

Tapi adakalanya curahkan sahaja air dalam tempayan kalau mendengar bunyi guruh..Dah banyak sangat menternak jentik-jentik yang akan menjadi nyamuk..Hujan kalau nak turun tak ada guruh tak ada angin, tak ada ribut pun hujan boleh turun bila-bila masa saja yang dia suka..

Adoooiii...Lupa la pulak apa aku nak cerita ni..Sambung lain kali lah...

28 November 2012

Malam Hujan Gerimis

Dengan bertemankan radio yang berbunyi dan tv yang sedang menayangkan perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Laos.

Sambil minum air soya gula perang sekotak (1 liter) dan snek jagung berperisa kari bbq (berdasarkan apa yang ditulis kat plastik snek tersebut). Hujan gerimis di luar rumah telah membasahkan bumbung rumah. Mujur la aku duduk dalam rumah..hahahaha...

Disebabkan hari ni dah baca komik naruto dan one piece episod yang terbaru, maka dengan masa lapang yang banyak ni dah tak tau nak buat apa la pulak. Dengan keboringan tahap maksima ni aku pun dengan rajinnya menulis ramuan snek yang sedang dimakan ni.

Ramuannya...emping jagung, minyak sayuran (minyak kelapa sawit), mengandungi bahan perisa yang dibenarkan, kanji gandum, bijian beras, garam, mengandungi ekstrak yis sebagai penambah perisa yang dibenarkan dan mengandungi kondisioner makanan yang dibenarkan. Siap ada maklumat tambahan lagi tu..Jika anda tidak berpuas hati dengan produk ini, sila kembalikan ke mana-mana pasaraya Tesco untuk penukaran atau pengembalian wang...

Goooolllll................. Tiba-tiba gol pulak..

Tengok berita esok ja la sapa yang menang..Layan bola pulak la..

27 November 2012

Cerita Hari Ini

Bangun pagi makan kurma sebijik dengan air sejuk..Mandi manda sat lepas tu siap-siap untuk pergi kerja.
Sampai tempat kerja "on" kan komputer. Sempat lagi main game Top Gun kat fesbuuk (belum pukul 8 pagi lagi)..

Maka bermula la kerja pada hari ini. Dengan penuh ketekunan, semangat waja (malas sebenarnya tapi terpaksa) dan keazaman yang tinggi, berjaya juga aku menyelesaikan separuh kerja-kerja menguji getah (dah lebih 5 tahun buat kerja yang sama)..

Bila dah selesai, perut pula terasa lapar. Keluar makan la dulu (suka-suka hati ja keluar makan). Sampai saja di kedai makan (tak kan kedai jual top-up pulak kan), dengan penuh sopan santun aku mintak nasi (siap nasi tambah lagi). Lepas tu pandai-pandai la aku ambil lauk sendiri. Ambil ayam goreng (bahagian paha yang upin&ipin suka tu) dan sayur togei (taugeh), kuah kari secukup rasa sebab kuah kari kat kedai makan tu memang sedap (nama kedai terpaksa dirahsiakan). Dengan bertemankan kopi O, aku pun makan la sorang-sorang. Lepas saja makan tetiba rasa kenyang, Alhamdulillah...

Dah habis makan tak reti-reti nak balik ke tempat kerja ke? Maka aku pun kembali la ke tempat kerja. Sampai pukul 5 petang, dah habis waktu kerja. Balik la, tunggu apa lagi (bukan boleh dapat pekerja cemerlang pun kalau balik lewat)..

Dalam perjalanan pulang, singgah masjid sat. Depan masjid tu pulak bagus dok ada kedai jual sup-sup ni. Singgah sat pekena kuey teow sup daging dengan teh O panas. Waaa....nostalgia betoi makan bertemankan lalulintas di tepi jalan. Lagi sekali, lepas saja makan tetiba kenyang pulak.

Lepas tu apa lagi, balik rumah la. Sampai di rumah, panaskan enjin kereta secukup rasa. Sambil dengar radio, alih-alih dah malam. Entah macam mana tetiba rasa nak menaip pulak. Tu yang keluar cerita ni.

Sewaktu kisah ini ditulis, aku belum makan malam lagi..Sekejap lagi nak keluar makan la (menu makanan untuk malam dirahsiakan)..

Yeayy..dah siap pun kisah merapu untuk hari ini (hari ini dalam kenangan)...

25 November 2012

Mengisi Masa Lapang

Untuk mengisi masa lapang sambil mendengar radio buruk layan lagu dan iklan-iklan yang bermacam jenis, jom layan pepatah yang menarik..

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya...

Alkisahnya, Pak Pandir telah mendengar akan pepatah tersebut yang telah diucapkan oleh tok ketua kampung yang bernama Pak Senduduk bersembang di warung kopi ketika minum kopi cap hang tuah bersama-sama rakan-rakan beliau.

Pak Pandir yang memang seorang yang lurus bendul telah terdetik di dalam hatinya mempersoalkan apakah betul kata tok ketua kampung tersebut..
Lalu sesampainya Pak Pandir ke rumah, maka beliau pun mulalah berkira-kira untuk melakukan satu eksperimen yang mungkin bertaraf saintis pada ketika itu..
Pak Pandir pun telah mempersiapkan segala kelengkapan untuk menangkap buaya di air yang tenang.

Dengan keyakinan yang tinggi, Pak Pandir pun telah bergegas ke sebuah telaga yang terdapat di belakang rumah beliau. Air telaga tersebut memang teramat tenang dengan sesekali berombak kecil apabila beberapa ekor ikan melompat-lompat gembira di permukaan.

Setelah menunggu seharian hingga ke malam, tiada seekor buaya pun yang timbul. Yang ada kelihatan hanyalah seekor biawak yang sesat, terjatuh ke dalam telaga tersebut akibat terkejut mendengar Pak Pandir terbatuk (kira biawak tersebut gelabah la)..

Dari situlah bermulanya asal-usul "gelabah biawak" dan pepatah air yang tenang jangan disangka tiada buaya telah ditukar oleh Pak Pandir menjadi "air yang tenang jangan disangka tiada biawak".Ada juga sesetengah riwayat cerita merapu yang mengatakan "gelabah biawak di air tenang"..

Kesimpulannya, buaya punya cerita, biawak pula yang mendapat nama..Langsung tiada kena, tapi mengena dengan radio buruk yang sedang didengar ketika itu..







22 November 2012

Angin Dan Pokok

Kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang

Berdasarkan kenyataan tersebut, terjalinlah satu ikatan antara angin dan pokok..
Sehinggalah tiba satu masa yang ketika itu langsung tiada angin yang bertiup. Tetapi dedaun pokok berguguran dan ranting-ranting pokok bergoyang-goyang dengan amatlah kuatnya.

Setelah disiasat, rupa-rupanya ada seekor zirafah yang sedang dengan lekanya meragut daun-daun pokok dan menggoyangkan ranting malah dahan dan batang pokok tersebut sambil membuat isyarat keamanan (peace) kepada jurugambar yang sedang membuat penggambaran..

Bermula dari kejadian tersebut, ternyatalah bukan angin sahaja yang mampu menggoyang pokok, tapi zirafah pun boleh rupanya..Malah monyet, kera, babun, cimpanzi dan sebagainya memang dah selalu menggoyangkan pokok walaupun tiada angin yang bertiup.




20 November 2012

Petua Untuk Menghilangkan Rasa Mengantuk

Pada coretan kali ini, Layarburuk ingin berkongsi satu rahsia yang betul-betul rahsia..
Mengantuk, bila ia datang, kelopak mata menjadi berat. Badan yang sihat bertenaga menjadi lemah tak berdaya. Jika sedang memandu, teramatlah bahayanya bila mengantuk datang bertandang secara tiba-tiba..

Boh selagu sat...

Secara tiba-tiba aku mengingatimu..
Di kamar sepi di malam syahdu..
Inikah katanya rindu, sengsara tiada terhingga..
Setelah perpisahan pun berlalu
Terdengar lagu cinta membawa kesyahduan
Membangkitkan hasrat yang terluka
Lalu aku terdiam pada lena yang panjang
Terurailah rahsia yang terpendam
Bertahun dalam derita, tanpamu aku merana..
Berbekal saat mimpiku di perjalanan ini
Pemergian dirimu, putuslah cinta yang lama
Menghentam diriku dalam memori....
Malam kian memaksa, lagu menghanyut pilu
Wajah-wajah duka pun hilang
Tika bersua lagi mungkin aku menangis
Menahan getaran hati yang luka..

Habis pun selagu, lagu Memori Duka (betul ke tidak liriknya hentam sajalah)..
Inilah petuanya untuk mengelak atau menghilangkan rasa mengantuk setelah layan lagu seperti yang telah ditulis di atas..

Petuanya amat mudah dan memang semua orang mampu melakukannya...
Anda hanya perlu tidur sahaja untuk menghilangkan rasa mengantuk..Nak lebih berkesan lagi apabila seperti kata pepatah yang popular (bukan berpatah balik ye) iaitu bebunyi begini..."bagai orang mengantuk disorongkan bantal"...Bukan setakat bantal, malah dengan tilam sekali beserta ubat nyamuk dan kipas angin...

Memang layan la..

Itulah sahaja petua yang dapat dikongsikan pada kali ini..

18 November 2012

Mari Menyanyi

Mari menyanyi lagu kanak-kanak suatu ketika dahulu..
Tajuk lagunya...jeng jeng jeng...

Kereta Kecil

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah

Pon, pon, pon, pon, pon
Pon, pon, pon, pon...

Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek.

Dah habiss......

16 November 2012

Petang Jumaat..

Macam biasa, kalau hari Jumaat pukul 7.00pm ada cerita kartun Naruto..
Layan kartun Naruto dulu la sat...

Tiada One Piece Minggu Ini

Berehat la pulak orang yang dok update komik kartun One Piece kat mangareader.net minggu ni..Dah la tengah best baru nak berlawan..
Mujur la komik Naruto masih ada update seperti biasa...Ok la jugak bleh baca komik Naruto

Minggu depan je la tunggu komik One piece ni..

15 November 2012

Suatu Masa Dahulu Di Radio THR

Dulu-dulu di radio THR waktu malam selepas pukul 12, ada la satu rancangan yang intro dia lebih kurang macam ni..

Alang alang mandi biar guna sabun
Jikalau tiada rotan, pelempang pun berguna juga..
Membujur lalu, melintang pukang..
Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi "shuttle-cock" (betul ke tidak ejaan tu hantam saja la)
Biar putih tulang, jangan kuning gigi..
Berkerat rotan, berpatah balik

Yang ni pulak saja-saja aku reka...
Kera di hutan disusukan, anak di rumah makan KFC
Berat sama di pikul, ringan hang angkat la sorang-sorang
Hitam-hitam si tompok manggis, hitam lagi kopi O di dalam cawan
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan dunia..
Mendengar guruh di langit, tutup la suis elektrik dirumah takut disambar petir..

Pisang emas di bawa pergi,
Masak sesikat di luar peti,
Malas nak fikir apa lagi,
Pandai pandai la sambung sendiri..

14 November 2012

Tips Memasak Paling Mudah

Hari ni LayarBuruk ingin berkongsi cara-cara memasak yang paling mudah tanpa mengotorkan dapur..
Maklumlah zaman sekarang ni semuanya pakat sibuk dengan urusan kerja la, menonton tv la, mengadap internet la..Sehingga kadang terlupa untuk memasak..Sedar-sedar saja perut dah berkeroncong minta diisi sesuatu makanan..

Oklah, tak mau intro panjang inilah caranya memasak paling mudah tanpa mengotorkan dapur ataupun rumah anda..

Caranya..Hidupkan enjin motorsikal (pastikan ada minyak yang cukup), pakai topi keledar (untuk keselamatan di jalan raya) dan pastikan juga membawa wang yang secukupnya.Lesen memandu jangan lupa bawa sekali juga, mana nak tau kot dalam perjalanan tetiba ada sekatan jalan raya oleh polis atau JPJ ka, tak ka naya nanti. Dengan menunggang motorsikal, pergilah ke sebuah warung yang berhampiran..Pilih saja apa makanan yang anda suka nak makan..Mangkuk, pinggan, cawan, sudu garpu, meja dan sebagainya semua dah ada tersedia...

Tu diaa...Senang ja rupanya... Bila dah kenyang tu pandai-pandai la cari jalan pulang ke rumah atau ke tempat kerja..

Mudah bukan..Hendak, seribu daya..Kalau tak nak, langsung tak berdaya..


Klasik

Antara lagu klasik yang aku paling suka..Pasang ulang banyak-banyak kali pun tak apa.
Terasa bagai kembali ke zaman 50an..Layan betul..


Terkenang semasa dulu
Hatiku merasa rindu
Mungkinkah dapat bertemu
Padamu cahaya mataku

Masa berganti masa
Hatiku tidak lupa
ooooo..ooo..ooo

Tebayang di ruang mata
Wajahmu datang menjelma
Mengapakah aku kau goda
Merana sepanjang masa

Terkenang semasa dulu
Hatiku merasa rindu
Mungkinkah dapat bertemu
Padamu cahaya mataku

Meskipun hatiku rindu
Ingatkan waktu yang lalu
ooooo..ooo..ooo

Tetapi itu hanya mimpi
Tak akan menjelma lagi
Kurasa alam nan sepi
Menangis aku menanti

Terkenang ke masa dulu
Hatiku merasa rindu
Mungkinkah dapar bertemu
Padamu cahaya mataku

R. Azmi - Hati Rindu

13 November 2012

Antara Yang Dalam Perhatian

Ni lagi satu saham yang sentiasa ada dalam perhatian..











Cantik ja harga dia dok parking kat channel bawah dengan doji pulak sekali tu..
Masuk kat 30.5sen - 31.0sen
Cut loss kalau harga below 30 sen (cut loss pada 29.5 sen)
Target profit 1 : 35sen
Target profit 2 : 38sen

Jangkamasa ~ 3 minggu

Layannn.....

Saham Pulak

Antara saham yang aku minat sekarang ni ialah YTLPOWR..











Layan saja la carta di atas tu..Harga dia pun dah berhampiran paras sokongan harga harian..
Boleh intai-intai nak sapu ni..Kalau tengok gaya ni setakat nak dalam 3 kupang tu InsyaAllah kalau ada rezeki..

Layan Lagu, Mustika

Mustika - M. Nasir

Kau yang berselindung
Di balik sutera
Warna-Mu pelangi
Engkau mustika hati
Pesona cinta
Mahligai rindu

Malam dingin yang kejam
Aku tiada gentar
Kerna cinta-Mu
Misteri alam yang terbongkar
Lena jadi sedar
Kerna kasihmu

Yang dulu ku cari
Rupa-rupanya ada di Sini
Dan yang bermain di mimpi
Menjelmalah Engkau dalam realiti

Dulu lalu depan mata
Tapi ku tak hirau
Ku Tak peduli
Tapi setelah ku tahu
Hanya engkau teman
Kau tak ku lepaskan

Mustika, oh... mustika
Mestikah aku menjadi penanti
Pelukan sakti cinta sucimu
Aku tak sabar menantikan esok hari
Bawalah daku bersamamu
Oh, mustika hatiku
Mustika, oh... mustika

Teh O Panas

Di waktu malam yang sunyi bertemankan bunyi letupan mercun di malam penganut Hindu menyambut Deepavali..
Terasa nak masak satu cerek air panas. Ambil teh Boh (sebab boh ada ummphh) 2 sudu besar, gula 2 setengah sudu, masukkan dalam kole..
Sementara menunggu air panas mendidih, buat-buat sibuk dalam rumah sambil menonton tv.

Air tetiba sudah masak mendidih...tuangkan saja dalam teko dan kacau..
Tu diaa...sekole air teh o panas berasap di tengah malam..fuhhh, lega,,,,


12 November 2012

Hujan Di Bulan November

Musim hujan tiba lagi..
Setiap pagi, petang, siang dan malam..
Hujan turun membasahi bumi..
Langit tidak selalunya cerah.
Mendung pun tidak selalunya hujan..

Hujan pun ada kalanya berhenti juga..
Sampai masanya, muncullah juga matahari..
Matahari pun tidak selalunya cerah..
Adakalanya dilindungi awan..

Lalu mendung berarak kelabu..
Di waktu malam langit nan indah dihiasi bulan..
Dilindung awan berarak lesu..
Dah namanya hujan di bulan November..
Namun ianya pastikan jua berlalu...

Angin bertiup, awan berarak
Itu tandanya hujan nak turun
Hujan pun turun membasah bumi
Penghuni alam rasa bersyukur


11 November 2012

Lanun

Antara ayat feveret kartun kesukaan aku, One Piece...

Pirate King.....
I don't want to conquer anything
I just think the guy with the most freedom in this whole ocean is the PIRATE KING....!!!!!


Layan...

10 November 2012

Ayam Di Dalam Semak

Alkisahnya satu ketika dahulu di satu tempat yang dirahsiakan lokasinya, tinggallah sepasang ayam kuning di dalam semak. Ayam kuning tersebut telah membuat sarang di dalam semak yang penuh berduri..
Pada satu hari, berjalanlah seekor musang berkeliaran mencari makan. Kebetulan pada ketika itu, sepasang ayam di dalam semak yang penuh berduri itu sedang mengeram 20 biji telur.

Ayam jantan yang setia menemani ayam betina mengeram telur itu mula merasa bimbang jika tempat persembunyian mereka diketahui oleh musang yang mundar-mandir berhampiran semak tersebut. Walaupun dalam keadaan cemas dan bimbang itu, sepasang ayam tersebut tetap mendiamkan diri..

Akhirnya musang itu pun berlalu pergi dan beberapa hari selepas kejadian itu maka menetaslah 20 biji telur ayam yang menghasilkan anak ayam yang berkaki dua dan berbulu ayam..Kira sebijik macam ayam lah senang cerita..

Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Bagai anjing dengan bayang-bayang..

Langsung tak ada kena mengena pantun tersebut dengan kisah ayam di dalam semak, musang yang berkeliaran dan apatah lagi dengan 20 ekor anak ayam berkaki dua yang sebijik macam ayam....

09 November 2012

Naruto...

Macam biasa, petang Jumaat pukul 7 malam kat tv 3 suku akan ada cerita kartun kegemaran aku...Naruto..Walaupun sebenarnya aku lebih minat kartun One Piece..hahaha...
Cerita Naruto yang ditayangkan kat tv 3 suku tu sebenarnya aku dah baca pun kat komik dia..Saja layan tengok anime dia pulak..

Pasal One Piece pulak aku memang dah ada kesemua anime dia dari episod satu sampai la sekarang ni episod terbaru..
Penuh cakera keras komputer dengan kartun One Piece saja..Walaupun dah baca komik dia yang keluar tiap-tiap minggu, tapi best layan anime..
Dah besar pun dok layan lagi cerita kartun...Ada aku kisah...hahahahahaha....

Kisah Mengenai Angin

Apakah jenis kenderaan yang anda gunakan? Kenderaan seperti kereta dan motorsikal semestinya mempunyai tayar yang perlu diisi dengan angin..
Angin atau udara yang memenuhi ruang di dalam tayar mugkin terdapat dalam berbagai jenis. Antara jenis angin yang ada di dalam tayar mungkin seperti berikut :
- kepala angin
- angin sepoi-sepoi
- angin satu badan
- angin lintang
- angin kentut
- dan bermacam jenis angin lagi la nak senang cerita.

Tetapi ada sejenis angin yang tidak sesuai langsung untuk diisi pada tayar kenderaan anda iaitu MINYAK ANGIN (cap kapak, cap kuda, cap ayam dan sebagainya)..

08 November 2012

Pelbagai Jenis Jalan

Di Malaysia kebiasaannya terdapat pelbagai jenis jalan.
Jalan yang popular dan paling banyak digunakan ialah jalan raya.
Jalan raya ada yang jenis kampung dan bandar.
Diantara kesemua jalan yang ada ni, jalan jem di waktu perayaan la yang paling menguji minda, fizikal dan mekanikal kenderaan..

Entry entah apa apa ntah....

Layan Lirik Lagu

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri..

Alahai, habis pulak lagu ni nyanyi kat radio..

Di Suatu Senja

Di suatu senja semusim yang lalu..ketika itu hujan rintik (sama macam sekarang ni)..
Ku terpegun di jendela bila hujan gerimis senja..
Senja nan merah tidak kelihatan..
Hujan sore membawa ke senja..
Di petang Khamis bertukar ke hari Jumaat selepas matahari terbenam di waktu senja
Perut pun dah lapar..


Suatu Petang Selepas Hujan

Akhirnya penulis misteri Layar Buruk berjaya juga masuk ke blognya sendiri setelah beberapa bulan keluar belayar.
Baru saja berkesempatan menaip beberapa patah perkataan dan menyapu habuk-habuk di skrin "netbook" yang jarang-jarang digunakan ni..
Sambil mendengar radio yang dah buruk tapi masih berbunyi bertemankan bunyian air paip mengalir ke dalam kolam mandi di bilik air.
Cuaca kat luar pun masih mendung dengan titisan-titisan kecil hujan berjatuhan di hujung atap genting rumah teres setingkat yang menjadi tempat kapal layar berlabuh..

Nantilah sambung pulak....

14 May 2012

Coretan semasa

Dalam berurusniaga saham di Bursa Malaysia, anda hanya perlu tahu beberapa perkara yang mudah dan paling berkesan dalam membuat keputusan samada untuk membeli atau menjual sesuatu saham.Perkara tersebut adalah seperti senarai di bawah :
1. Harga
2. Volume
3. Lilin (candlestick)
4. Pergerakan harga purata (moving Average),
5. Sokongan (support)
6. Rintangan (resistant)

Untuk yang ke-7, perkara yang... paling penting dan sengaja di letakkan paling akhir supaya lebih menambahkan unsur-unsur suspen dan menggemparkan sehingga anda akan tersenyum simpul seorang diri sambil berusaha menahan kentut serta buah pinggang yang bakal bergoncang..

7. Mempunyai wang/duit yang cukup

Buat Satu Ayat Yang Panjang

Mengawal perasaan marah adalah lebih mudah dari mengawal kentut ketika di dalam lif yang sedang bergerak perlahan menuju ke bahagian paling atas menara Kuala Lumpur di mana pada ketika itu hanya ada dua penumpang (seorang awek cun yang tak dikenali dan anda yang merupakan seorang lelaki macho)..

kah kah kah

Satu Cerita

Alkisahnya, hari cuma ada tujuh (7) bersaudara..

Dalam seminggu cuma ada tujuh (7) hari..Begitu juga dalam sebulan, pun ada tujuh (7) hari..Lagi pelik, dalam setahun pun cuma ada tujuh (7) hari juga..
Jika ada di antara anda yang tidak percaya pada kenyataan ini, bolehlah anda merujuk  pada kalender yang tersangkut di dinding rumah.Anda juga boleh mebuat rujukan menggunakan kalendar tahun-tahun yang telah lepas. Jika ada kalendar tahun gajah sekalipun anda boleh juga jadikan ia sebagai bahan rujukan dan kajian sendiri...

Ke tujuh-tujuh (7) hari tersebut ialah hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu..huu haa horayyy....

09 March 2012

Di waktu malam yang sepi..

Dengan bertemankan lagu yang berkumandang dari radio buruk cap 'Panasonic', jari-jemari ku yang tidak pernah mengenal penat ini telah dengan sengajanya menekan huruf-huruf yang terdampar di atas papan kekunci 'laptop' yang sudah berusia hampir enam tahun..
Betapa pantasnya masa berlalu pergi meninggalkan pelbagai kenangan.
Di kala malam yang indah bertemankan cahaya rembulan malam 16 Rabiulakhir, di bawah bumbung rumah beratap genting..
Alamak, lupa la pulak apa ayat seterusnya....

bersambung lagi....... hahahahaha....