Followers

28 December 2011

Mari Belajar





Ini adalah carta graf FCPO untuk hari ini..
Layan 'chart' ni hari-hari tetiba jadi seronok pulak nak tahu perkembangan komoditi kelapa sawit ni..
chart pattern telah membentuk double bottom untuk daily chart..reversal pattern dari downtrend ke uptrend
3087 boleh la dianggap sebagai strong support..
Adakah FCPO mahu menguji tahap resistant 3250..??
Sama-sama kita nantikan..

Catatan : untuk rujukan sahaja di masa akan datang..

Mari Merapu

Gatal tangan pulak aku malam ni..Tetiba rajin pula nak menulis cerita pendek di waktu malam yang cerah, di bawah cahaya lampu kalimantang bertemankan kipas yang berpusing pada kelajuan 3 dan TV yang terpasang tanpa aku menontonnya...
Tu baru intro saja..Macam menulis karangan zaman sekolah dulu la. Mesti ada 'intro' atau dalam bahasa yang mudah difahami iaitu pendahuluan..
Setakat itulah untuk malam ini cerita pendek yang sempat aku tulis untuk tatapan di hari-hari mendatang..

p/s : cerita di atas tiada kena mengena dengan graf pasaran hadapan minyak sawit mentah (FCPO - Future Crude Palm Oil)..

Menyapu

Waa..dah lama tak jenguk rumah tumpangan aku ni (layarburuk)..
Sekali memang dah macam lapuk sungguh..hari ni nak menyapu sikit-sikit habuk yang lekat kat kain layar ni..
hahaha...

20 October 2011

Misteri..

Sudah lama tak menulis di blog aku ni.
Hinggalah pada satu hari (hari ini), ia masih menjadi misteri..
Sebenarnya macam-macam cerita yang aku nak tulis, tapi kadang tu malas pulak nak taip..
Secara tak sengajanya aku pun membiarkan semua cerita-cerita tersebut begitu sahaja.
Jadilah ia sebuah misteri...

21 August 2011

Bermain-main Dengan Saham

Bila sebut pasal saham mesti tidak ramai yang mengetahui bagaimana orang-orang yang banyak duit boleh buat duit lagi banyak dan juga orang yang banyak duit telah habiskan duit dengan banyaknya juga dalam sekelip mata. Pasaran saham bukanlah semudah yang disangka, namun tidaklah sesusah seperti yang kita selalu jangkakan. Adakalanya ketika pasaran sedang mengalami kejatuhan indeks besar-besaran, waktu itulah peluang nak buat duit bertambah. Penjualan panik akan berlaku dan pasaran akan dilimpahi dengan aliran tunai yang tinggi.
Kunci utamanya seorang 'trader' tu perlu sabar dan mengawal emosi ketika orang lain sedang panik dan ditakutkan dengan laporan ekonomi yang negatif oleh media-media yang berkaitan dengannya. Peratusan untuk berjaya ketika itu boleh mencecah sehingga 100%.. Bunyinya memang pelik, tetapi bagi seorang 'trader' yang sudah masak dengan pasaran saham ianya amatlah mudah..
Saham-saham yang masih menjadi pilihan aku minggu depan nak swing :
Zecon-wa, Hapseng-wa, Prestariang dan mungkin Armada.Untuk beberapa minggu ini sahaja Zecon-wa sudah lebih dari 3 kali aku berjual beli tanpa mengeluarkan satu sen pun duit dalam akaun aku..
Mari tengok mana satu yang kena..hahaha...

17 July 2011

Jual Emas

Pada hari Khamis yang lepas (14/07/2011) aku telah dengan sengajanya menjual sekeping emas yang telah lama aku simpan dengan sedikit keuntungan dalam 40% selama 2 tahun. Setahun ada la dalam 20% aku untung dari harga emas tersebut.
Kira ok la jugak tu sebab bukan aku ada buat apa-apa pun. Tapi kini segala tumpuan aku telah mula beralih kepada pasaran saham yang pada perkiraan aku boleh menghasilkan keuntungan dalam 10% hanya dalam masa dua hingga tiga minggu. Dalam perkiraan aku juga, andainya aku boleh untung dalam pasaran sebanyak paling kurang pun 5 kali dalam setahun, dah 50% aku dapat untung tu..hahaha.. Macam menarik.. Sebab tu jugalah aku bertapa (lama tidak update blog buruk aku ni) kerana aku cuba memfokuskan pembelajaran dan pemerhatian pasaran saham setiap hari (sambil main game untuk dapatkan ilham) hahaha..
Cerita utamanya cuma nak bagitahu yang aku menjual emas kesayangan aku saja pada 'posting' ni..Saja gatal-gatal tangan nak pegang duit banyak-banyak..
Apa-apa pun, ada lagi cerita selepas ini.. :-)

Kapal Buruk

Dah lama tak 'update' kapal buruk aku ni. Hari ni saja-saja la menaip dua tiga baris ayat bagi nampak ada 'posting'..hahaha..
Apa-apa hal pun lain kali kalau ada masa bleh la aku menulis lagi kat kapal layar buruk aku ni.

19 June 2011

Aktiviti Masa Lapang

Sudah lama blog aku ini tidak ada coretan. Maklumlah, sejak kebelakangan/kedepanan ini aku sibuk bermain game (permainan PC)..hehe..Dah besar-besar pun dok main game lagi..

Aku main game biasa-biasa ja, game 'Red Allert 2', game lama 10 tahun yang lepas.. Aku main mission, sampai dapat pangkat General..hahaha..best-best. Mencabar juga mission yang aku main tu. Maklum la, aku main tahap yang paling susah..Berminggu jugak baru nak menang. Tapi memang puas hati la, dapat juga mengasah otak aku berfikir dengan lebih pantas, kreatif dan meneroka benda baru.

Bila dalam setiap misi tu aku hanya diberi sumber yang terhad dan waktu yang amat terhad untuk menstabilkan segala kekuatan tentera yang ada. Memang mencabar sangat. Dalam game tu aku dapat belajar sesuatu supaya menghargai setiap orang tentera, kereta kebal dan sebagainya yang aku ada...hahaha..Dengan kekuatan tentera yang terhad akhirnya aku berjaya juga menghabiskan semua misi..Satu kepuasan yang sukar untuk digambarkan..Yang paling sedih bila base aku dihancurkan oleh pihak musuh. Kesian tengok askar-askar aku mati sebab aku salah buat keputusan..hahaha..

Nasib baik main game ja pun. Kalau betul-betul memang susah mau cakap wooo... Itu saja kot yang aku dapat merapu petang-petang macam ni.

22 May 2011

Cerita Tak Bersiri

Sudah lama gak aku tak menulis di bolg buruk ku ini. Walaupun buruk, tapi masih berguna juga. Ada jugak tempat aku nak merapu sorang-sorang..

Masa berlalu begitu pantas walaupun dalam kiraan yang paling lambat iaitu 24 jam = sehari. Dah penghujung bulan Mei sekarang ni. Sekejap saja dah nak masuk pertengahan tahun. Masa juga telah banyak merubah segalanya. Banyak juga masalah aku telah di selesaikan oleh perubahan masa..(macam magik tu).

Sehari demi sehari aku semakin mempelajari bagaimana mahu memanipulasi masa dalam menyelesaikan masalah. Zaman sekarang ramai orang hanya mengejar wang, harta dan pangkat. Tanpa disedari, mereka adakalanya terlupa bagaimana mahu menggunakannya..haha.. Orang yang paling hebat ialah seseorang yang mampu mengawal/menguasai/menggunakan 'masa'.. Dengan masa jugalah sesiapa saja akan dapat memperolehi semua segala apa yang dikehendaki di dunia ini.

Sesuatu yang sentiasa aku fikirkan setiap masa..hehe..

08 May 2011

Keretaku

Bulan ini umur keretaku dah masuk 22 tahun..Fuhh..macam tak percaya pulak aku. Walaupun keretaku sudah lama, tapi masih berkuasa lagi. Dah tu pulak, tak payah nak fikir bayar ansuran bulanan...hahaha..

22 April 2011

Di Satu Malam Yang Sepi

Di waktu malam yang sepi ini, ketika aku sedang melayan lagu di radio Thr Gegar.fm, teringat pula zaman-zaman belajar dulu. Masa itu layan radio Thr jugak, pukul 1,2,3,4,5 pagi..ada kisah-kisah seram Ismahalil..

Boleh tahan jugak cerita-cerita seram yang kadang menyeramkan teapi pada ketika yang sama melucukan jugak.Apabila kisah seram menjadi kisah yang melucukan, maka bolehlah kita kategorikan kisah tersebut sebagai teka-teki..haha..:-)

Contohnya macam cerita hantu kak limah balik rumah tu..(contoh sahaja). Apabila kak limah yang disangka hantu itu bukannya hantu, maka akan jadilah satu teka-teki..siapakah kak limah tersebut.?? Teka-teki ini akan tejawab apabila kita membaca buku cerita sang kancil dengan buaya yang cukup popular di zaman aku masih kanak-kanak dahulu (sekitar tahun 90-an).

Jadi apa kaitannya kisah seram dengan cerita sang kancil dengan buaya pula? hahaha...Mari kita gabungkan kisah seram, melucukan, teka-teki dan cerita sang kancil dengan buaya. Ceritanya begini..jeng..jeng..jeng..

Di satu malam yang sepi, Abu dan Man berjalan pulang dari rumah pakcik kepada Abu. Perjalanan mereka untuk sampai ke rumah masing-masing akan melalui satu kawasan tanah perkuburan. Untuk menghilangkan rasa seram, Abu dan Man masing-masing mulalah bercerita kisah sang kancil dengan buaya. Sebaik saja melalui kawasan perkuburan, mereka ternampak kepulan-kepulan asap dalam samar-samar cahaya bulan malam ke-19 bulan Islam di salah satu kubur yang jaraknya dalam 20 kaki dari mereka.

Timbul teka-teki dalam fikiran mereka berdua. Asap apakah yang yang mereka lihat itu? Tanpa membuang masa mereka pun berjalan cepat-cepat dan berlari-lari anak  pulang menuju ke rumah. Keesokkan paginya, mereka terus pergi menyiasat asap apakah yang mereka lihat semalam. Setelah sampai di kubur tersebut, mereka berdua tersenyum simpul dan adakalanya ketawa. Rupa-rupanya asap tersebut datangnya dari tunggul kayu yang secara sengaja di bakar untuk membersihkan kawasan kubur di situ..

Kesimpulannya, bukan semua kejadian-kejadian yang menyeramkan itu ada kaitan dengan cerita sang kancil dengan buaya..Tetapi secara kebetulan pada waktu kejadian Abu dan Man bercerita tentang cerita sang kancil dengan buaya, maka sang kancil dan buaya pun turut sama terlibat dalam cerita tersebut..

Sudah sampai sini.. :-)

19 April 2011

Pelbagai Jenis Cinta

Hari ini mari kita sama-sama kongsikan tentang kepelbagaian cinta.

Cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan.
Walau pedas hingga mengalir airmata, masih mahu dimakan juga..

Ada juga yang mengatakan cinta itu bagaikan kurap.
Semakin digaru, semakin sedap walaupun adakalanya amat memedihkan..

Selain itu terdapat juga cinta yang manis bagaikan madu. Terlalu banyak manis-manis sehingga terkena penyakit kencing bermanisan. Ada juga cinta yang pahit bak hempedu, tapi masih boleh terus ditelan. Tetapi cinta yang kadang agak sukar diterima akal ialah 'cinta buta'.. hehehee..

Sekarang mari kita gabungkan kesemua jenis-jenis cinta ini dalam satu cerita yang boleh membuatkan sesiapa yang membacanya menjadi terkejut beruk dan menggelabah seperti biawak yang disergah ketika sedang melintas jalan..

Toya (nama sebenar) sedang makan nasi berlaukkan ikan goreng dan sambal belacan. Ketika sedang makan, Toya termakan hempedu ikan yang amat pahit, namun terpaksa ditelan kerana sedapnya dicicah dengan sambal belacan. Selepas selesai makan dia dengan penuh perasaan mengirup air yang dicampur madu, penuh kenikmatan yang terus menghilangkan dahaga..

Dengan tidak disangka-sangka, punggungnya terasa amat gatal kerana masalah kurap yang masih belum sembuh. Maklumlah tadi dengan banyaknya Toya telah makan sambal belacan yang telah mengaktifkan kembali kegatalan kurap-kurap tersebut. Tanpa membuang masa, beliau terus mengaru-garu di tempat yang gatal tersebut..Maklumlah, makin digaru semakin sedap pulak rasanya..haha..Itulah yang dinamakan 'cinta buta'.

Sekian.. :-)

10 April 2011

Coretan Hari Ini

Terasa gatal pulak tangan hari ni (bukan disebabkan kurap atau yang sewaktu dengannya) nak menaip pada papan kekunci komputer. Bukannya apa, tetapi saja teringin nak berkongsi di blog aku yang ntah apa-apa ni. Untuk makluman semua, dapatlah kiranya ketika kita menulis sesuatu penulisan, seboleh-bolehnya gunakanlah sepenuhnya bahasa yang tiada singkatan atau apa-apa yang sama maksud dengannya..

Belajarlah menulis dengan menggunakan ayat-ayat bahasa baku supaya kita sama-sama menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan..hehehe.. Kalau kita tidak menggunakannya, rasanya amatlah rugi apatah lagi jika kita terkadang itu dengan sengaja menggunakan perkataan singkatan yang adakalanya sukar untuk difahami jika kita mencari maksudnya di dalam kamus. :-)

"Cintailah bahasa kita, bahasa jiwa bangsa"

06 April 2011

Pelawak Tulang

Zaman sekarang ni, kita semua semakin kerap dihiburkan oleh ramai pelawak-pelawak atau rancangan lawak yang ditayangkan di skrin TV rumah masing-masing. Terdapat juga stesen-stesen TV berbayar yang menyiarkan siri lawak-lawak secara langsung dan ada diantara penonton yang telah mengundi sehingga ada pelawak yang telah menang. Persoalannya, adakah kita semua mengetahui yang di dalam bebanyak pelawak tersebut layak disebut pelawak tulang?

Seorang yang boleh menyebabkan orang lain tergamam tanpa mampu berkata atau berbuat apa-apa, itulah yang degelar 'Pelawak Tulang'. 'Pelawak Tulang' merupakan seorang yang cukup serius, bercakap dengan gaya bahasa baku/bahasa persuratan, berwajah selamba (masih lagi serius). Setiap kata-katanya mampu membuatkan orang yang sedang ketawa, menangis, sedih, gembira, sedang bercakap, marah dan sebagainya (yang sama maksud dengan semua tersebut) menjadi tergamam dan otak tidak mampu menafsirkan samada dia sedang membuat lawak atau sebaliknya.. pendek kata jika suasana yang sebelumnya riuh rendah menjadi sunyi seketika dan kemudian akan diikuti dengan deraian ketawa hingga mampu mengeluarkan tulang ikan yang tercekik di kerongkong akibat gelojoh makan ikan terubuk bakar..

Apabila seseorang itu mempunyai ciri-ciri seperti yang telah ditulis itu, maka layaklah beliau digelar 'Pelawak Tulang'. Fuhh... memang cukup sukar untuk menjadi 'Pelawak Tulang' rupanya kan...hahahaha..

05 April 2011

Merangkak Ke Bulan

Tajuk 'posting' ni memang tiada kena mengena dengan apa yang aku tulis di bawah tu. Tapi kepada sesiapa yang membacanya bolehlah menggunakan segala kreativiti masing-masing untuk menghubung-kaitkan tajuk tersebut dengan segala coretan di bawah. Pandai-pandailah fikir sendiri..hehe..

Sedar tak sedar, sudah lebih sebulan aku menjadi CEO syarikat saham sendirian berhad (tanpa had) aku ni. Walaupun masih dok merangkak-rangkak lagi, aku rasa semakin seronok pulak. Sendiri buat keputusan, tak ada siapa pun nak boleh marah dan beri arahan kat aku..ikut suka aku..

Kadang macam kelakar pulak aku rasa. Rupa-rupanya ada orang kat luar sana buat duit cukup mudah, risiko ditanggung sendiri. Sama la macam aku sekarang ni, baru nak belajar berurusniaga (bukan skim cepat kaya tau) dan ianya sah mengikut undang-undang. Sesiapa saja boleh menjadi 'spekulator' dan anda tidak akan di dakwa..hahaha.. Satu tempat yang menjadi lubuk harta.

Susah mau cakap woo...anda perlu merasainya sendiri betapa seronok dan mendebarkan dalam berurusniaga di pasaran saham..memang best..bagi sesiapa yang tak tahan emosi memang tak boleh tidur malam dibuatnya..maklum la, risiko tanggung sendiri. hahaha... Apa-apa pun layan sajalah. Yang paling penting sekarang ni aku dah berjaya menggelarkan diri aku sendiri sebagai CEO..ha.ha.ha.. (gelak gaya macam yasin baca dialog dalam ceta zombi kampung pisang).

27 March 2011

Cerita Di Satu Petang

Waktu petang sebegini membuatkan aku teringat satu cerita yang pernah aku baca waktu masih bersekolah rendah dahulu. Kisahnya lebih kurang begini..

Di sebuah perkampungan yang indah, di satu tempat berhampiran sebuah pantai, tinggallah seorang pemuda bersendirian. Cita-cita orang muda ini ialah untuk menjadi seorang pelayar terkenal (tak kisah samada lanun atau saudagar). Dipendekkan cerita, maka pada suatu hari keluarlah pemuda tersebut belayar di lautan luas dengan hanya menggunakan sebuah perahu. Pemuda tersebut bernama Toya (lupa nak bagitau nama masa awal-awal tadi).

Toya bersama perahunya belayar meredah ombak yang adakalanya tenang dan kekadang bergelora dengan kuatnya. Sedang dalam pelayarannya, tiba-tiba beliau dikejutkan dengan kehadiran seeekor ikan jerung rasaksa. Toya sedikitpun tidak panik(cemas) walaupun saiz jerung tersebut beratus-ratus kali ganda besarnya berbanding pendayaung perahu beliau.

Sesi pertarungan pun bermula.. Akhirnya Toya dapat juga mengalahkan jerung rasaksa tersebut dengan menggunakan segala kemahiran yang beliau ada (tidak dapat diceritakan dengan terperinci kerana ada unsur-unsur yang mungkin tidak dapat diterima oleh akal) hehehe...

Selepas bertarung, Toya pun kepenatan yang amat sangat.. Perahunya pun belayar sendiri mengikut arah angin dan arus laut.. Akhirnya tibalah dia di sebuah pulau. Tiba-tiba... Gedeeeeeebummmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.......

Aku terkejut mendengar bunyi guruh di langit. Terus terjaga dari lena yang tak berapa nak panjang tapi masih sempat bermimpi. Rupa-rupanya aku tertidur ketika sedang membaca buku teks Alam Dan Manusia (buku teks sekolah rendah). hahaha...

p/s : kadang-kadang menarik juga layan cerita merapu.. :-)

20 March 2011

Terkenang Ke Masa Dulu

Sesekali teringat kisah dulu-dulu.. Rasa macam seronok pulak. Banyak betul masa lapang masa dulu (sekarang ni pun banyak gak)..hehe
Teringat masa mula-mula aku beli emas..Masa tu tak tahu apa pun lagi pasal emas ni.Saja tergatal tangan nak beli sebab tengok cantik..Harga dia masa tu RM1368, 10g Lady Fortuna kat Habib Jewels..fuhh..mahal betul..Sampai sekarang aku simpan buat kenangan..hahaha.. Itu la harga aku belajar pasal emas pada tahun 2009..

Tapi yang lebih menariknya sampaikan aku kahwin pun hanya menggunakan duit emas aku tu saja..Masuk pajak gadai (ar-rahnu), bid emas lelong dan segala yang sewaktu dengannya.Aku buat sorang-sorang je masa tu tanpa ada panduan khusus.Pernah rasa menyesal sebab beli emas.Apa-apa pun dugaan memang mencabar.. Tapi sekarang ni bila aku dah banyak emas rasa macam dah tak mencabar pulak.. Aku tercari-cari hobi baru yang lebih mencabar minda aku.
Aku pun dah lama tak membeli emas sejak harganya yang mahal terlampau sekarang ni..Cukuplah dengan emas yang aku dah ada.. Dan bermula hujung bulan Februari lepas, maka aku dengan secara rasminya telah menceburkan diri dalam hobi aku yang terbaru..Angan-angan nak jadi 'Trader' lah kononnya..hehehe..

Tapi aku memang tak ada apa-apa pengetahuan yang asas pun pasal nak 'trade' ni..Main hentam tanya en 'google' kat internet saja..Mujur modalnya tak semahal modal aku mula-mula belajar emas dahulu..hahaha..Aku ni kalau bab modal ni memang 'save' sikit..Nak jimat je semuanya..hahaha..Orang lain blajar 'trade' pergi seminar, baca buku dan apa-apa je lah..Tapi aku pulak main ikut arah angin saja..Apa-apa pun 'feel' tu yang penting..Pengalaman pertama letak order kat pasaran terbuka memang membuatkan degupan jantung menjadi laju..

Nak pulak bila tengok harga dia semakin merah...dah la pasaran satu hala saja..Tapi tak apa la sebab aku dah set itu saja modal yang aku leburkan..rugi pun tak kisah sangat..Tak menjejaskan ekonomi aku lagi tu.Yang penting aku dah dapat merasakan pengalaman pertama menjadi 'trader'..Walaupun setakat 'trader' anak ikan bilis yang paling kecil..hahahaha
Aku rasa macam semakin gembira pulak dengan hobi aku yang terbaru ni..

17 March 2011

Sambungan..

Selepas berlaku gempa bumi, tsunami dan gempa bumi semula, maka rantaiannya diteruskan dengan loji reaktor nuklear meletup.. (adakah ultraman memerlukan lebih kuasa untuk mengalahkan rasaksa?) Maka seluruh dunia pun menjadi panik.Pasaran-pasaran saham pada tempoh kejadian menurun dengan drastiknya..

Keadaan ini secara teknikalnya telah membuatkan para spekulator pasaran saham tersenyum lebar.. Adakah semua perkara ini sudah dirancang? Jawapannya akan kita ketahui apabila kita kembali menyorot semula peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas kejadian tersebut di atas..

'Key Point' kepada semua yang berlaku ini adalah gempa bumi dan tsunami..(ultraman dan rasaksa pun terlibat sama). Dari situ bermulalah satu perancangan yang mungkin sudah diatur rapi sebelumnya.. hehe..
Sama-sama kita nantikan perkembangannya...

13 March 2011

Tsunami

Hingga ke hari ini (13/03/2011) media-media utama seluruh dunia sentiasa melaporkan akan kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di negara Jepun. Perosalannya...hehe.. Bagi suspen sikit..
Mengapakah gempa bumi tersebut berlaku?

Menurut dari satu sumber (sukar dipercayai), di bawah permukaan laut tersebut adanya rasaksa yang sedang bertarung dengan ultraman sehingga menggegarkan plat-plat bumi.. Fuuuyyoooo...
Memang menggemparkan.. Maka terhasillah ombak setinggi lebih 10 meter menghentam sebahagian perairan di kepulauan Jepun tanpa dapat di halang oleh Doremon, ninja-ninja dalam kartun Naruto hatta Ultraman sekalipun..

Memang dahsyat.. Di sini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa superhero sekalipun tidak dapat menahan bencana yang hanya disebabkan oleh air, iaitu air laut..
:-) Nantikan kemunculan coretan yang seterusnya..

Sekian.

10 March 2011

Takkan Lari Gunung Dikejar

Siapa yang pernah mengejar gunung?
Soalan yang memang susah untuk dijawab..hahaha.. Kalau ikutkan dalam catatan sejarah pun memang belum pernah ada rekod bagi sebuah gunung yang lari dan dikejar oleh manusia.
Tapi kenyataanya memang tak terkejar gunung yang kita lihat jauh di depan mata kita. Walaupun gunung tersebut tidak lari, tapi kita tak mampu untuk berlari sejauh 50km untuk sampai ke gunung tersebut.
Masih pening-pening lalat?
Hahahaa.. Kesimpulannya, gunakan basikal/motorsikal/kereta/helikopter atau yang sewaktu dengannya untuk sampai ke gunung tersebut..
Itu maksudnya 'takkan lari gunung dikejar'.

Sekian..

05 March 2011

Saham

Bila sebut pasal saham mesti ramai yang akan mengatakan yang pelaburan saham ni berisiko tinggi. Tapi tak ramai pun dikalangan mereka yang pernah memasuki pasaran. Hanya dengar-dengar cakap orang saja kadang tu. Dah tu orang yang berkata tu memang mengalami kerugian dalam pasaran saham. Bertambah negatif berita yang kita akan dengar.
 Sejak bila aku mula minat pasal saham ni tak tau la pulak. Dari apa yang aku tahu, memang simpel saja nak main saham ni. Pergi buka akaun CDS RM10. Memang cukup mudah. Dah tu kena la rajin-rajin belajar.
Pasal modal tu cerita nombor 2 la bagi aku. Yang penting bila aku nak masuk dan keluar dalam pasaran. Ada orang kata emas pelaburan yang selamat. Aku pun memang dah banyak simpan emas. Tapi aku rasa saham ni pulangan dia memang infiniti..hahaha...
 Nanti-nanti bila ada masa aku sambung pulak cerita.

03 March 2011

Belajar Tengok Graf

Hari ni lepas saja habis keja pukul 3.30, aku terus pergi ke SIC bank cap harimau..Orang tak ramai, aku dengan pegawai SIC tu saja. Dok mengadap komputer sambil-sambil tu dia tunjuk kat aku cara-cara nak baca pergerakan graf..
Rupa-rupanya senang saja...hahaha..cuma kena sabar dan berani. Rilek-rilek ja.. Banyak gak la yang dia ajar aku walaupun dalam masa tak sampai sejam. Dah tu percuma pulak.. Aku pun belasah saja la. Bukan senang orang nak ajar benda-benda camtu. Aku masih setkan modal RM 250 saja untuk main share Bursa Malaysia ni..
Bagi aku modal kecil ni bukan la satu masalah pun.. Yang penting bila nak masuk dan keluar dari pasaran..masuk dan keluar pada masa yang betul, itu sahaja. Bunyinya macam mudah..tapi memang mudah pun..hehehe.. Apa-apa pun biar aku buat eksperimen dulu.

02 March 2011

Selipar Sebelah

Dah lama gak aku tak menulis..haha..Hujung bulan dua lepas hari lahir isteri aku. Tak bagi apa-apa hadiah pun..hehe..Selamat Hari Lahir.
Tajuk kat atas tu memang tak ada kena mengena ngan apa yang aku tulis ni.. Minggu ni bermula la aku belajar tengok-tengok graf. Fuhh..penig gak kepala, berpinau jugak la biji mata. Tapi apa-apa pun aku dah mula faham sikit-sikit.
Lepas ni tunggu masa dan saja aku nak cuba-cuba nasib macam main game 'monopoly'  haha..macam beruang saja..

22 February 2011

Selangkah ke Alam Misteri

Hari ni akaun CDS aku dah lengkap..haha.. Bermulalah satu pengembaraan ke alam misteri. Berdebar-debar jugaklah rasanya. Maklumlah, pertama kali nak memulakan satu hobi yang baru..
Apa-apa pun 'cool-man', rileks-rileks sahaja..Tak lari kapal lanun dikejar. Hajat di hati aku nak try guna modal paling sikit tahap cipan tenuk panjat pokok kelapa.
Ada berani...Aku nak guna modal yang gila punya ciput sebagai eksperimen permulaan, dalam RM0.25k saja. Rasanya mungkin tak pernah dibuat orang nak main saham guna modal ciput macam tu..(duit sewa rumah sebulan je tu). Sebab orang tak pernah buat la kot yang menyebabkan aku nak buat. hahaha.. Kalau pasaran terus merudum ada peluang la aku masuk.. Selamat berjaya aku ucapkan pada diri aku sendiri.

Seminar

Hari ni aku pergi seminar anjuran Agilent Technologies. Pehhh... ceta bab-bab atomik pulak tu. Macam nak buat bom la pulak. Penceramah pun semua cakap bahasa London ja. Apa-apa pun layan sajalah.
Nasib baik aku tak lena masa dalam tu..hahaha..Agaknya dah memang aku ni kadang lebih berminat kalau ada orang dok ceta pasal bisnes kat aku kot.. Kalau syarikat ni ada masuk senarai kat BSKL dah tentu aku nak beli share dia..haha..

16 February 2011

Jalan-jalan di tepi lebuhraya

Pada satu hari (tak ingat tarikh bila), ada seorang 'lone ranger' bermotorsikal melalui lebuhraya utara selatan.
Samapi di satu tempat, dengan tak disangka-sangka motorsikal 'lone ranger' tersebut berhenti dengan tiba-tiba.
Memang 'cuak' tahap tenuk di tepi pantai juga lah. Sekali baru dia mengetahui yang motor tersebut kehabisan minyak. Maka berjalan-jalanlah dia sepanjang tepi lebuhraya tersebut dengan menolak motorsikal yang kehabisan minyak itu.
Sekian
p/s : kalau nak ronda-ronda, pastikan minyak kenderaan anda sentiasa penuh.

Panduan untuk memulakan trade kat BSKL

klik kat sini

Untuk sesiapa yang baru nak melibatkan diri dalam stock BSKL, boleh la baca-baca sikit posting kat link atas tu. (ambil dari pie2020)

12 February 2011

Mari berpantun

Ikan kaloi di dalam kolam
Anak ayam mematuk cacing
Kalau dah tahu lautan tu dalam
Jangan segan-segan nak memancing

Malam terang bulan purnama
Bintang utara terlindung awan
Belum senang susah dah lama
Untung jadi orang ilmuan 

Malam yang indah pun berlalu
Cawan di meja penuh sudu
Mata terasa semakin layu
Tiba masanya untuk beradu


11 February 2011

Aku seorang yang kaya

Sekali tengok tajuk macam gempar saja. Tapi memang pun agaknya aku ni ditakdirkan menjadi seorang yang kaya..Kaya dengan budi bahasa....hahahahaha.. Ambik kau..
Kita sambung lain kali pula..

10 February 2011

Madah Terakhir

 Layan lagu lama-lama pulak...

Jika terdengar suara azan
Bergema sayu menjelang pagi
Dalam irama ku kirim pesan
Sebagai tanda aku dah pergi

Jangan ditanya sebab kerena
Mengapa aku pergi menghindar
Dari kan dekat tapi merana
Elok ku jauh tinggal mendengar

Biarlah aku pergi dahulu
Tidak tertahan lagi derita
Semoga yang tinggal senyum selalu
Yang pergi hilang lenyap berita

Bila kelak daku terkenang
Ku tatap bintang di malam kelam
Bila tak sanggup daku berenang
Ku relakan diri hanyut tenggelam

Jika terdengar suara azan
Bergema sayup menjelang pagi
Dalam irama ku kirim pesan
Sebagai tanda aku dah pergi..


Madah Terakhir
Orkes El Suraya

09 February 2011

Bisnes

Hajat di hati teringin nak beli stocks blue chip kat BSKL..
Tapi apakan daya modal aku ciput cap ayam ja..
Tak mengapa, perlahan-lahan dulu.

Aktiviti esok

Esok aku akan memulakan satu langkah yang baru...hahaha
Macam best pulak rasanya.

26 January 2011

Kucing dan Tikus

Seekor tikus sedang dikejar oleh seekor kucing.
Bermain kejar-kejaran, apakah kesudahannya..hahaha..

25 January 2011

Layar buruk

Sebuah kapal lanun sedang berlabuh aman di muara..
Layarnya sudah buruk, tapi lajunya kapal tersebut sepantas jet zaman Perang Dunia Pertama.
Carilah sendiri berapa kelajuannya..
Ha...Ha..Ha..