Followers

22 April 2011

Di Satu Malam Yang Sepi

Di waktu malam yang sepi ini, ketika aku sedang melayan lagu di radio Thr Gegar.fm, teringat pula zaman-zaman belajar dulu. Masa itu layan radio Thr jugak, pukul 1,2,3,4,5 pagi..ada kisah-kisah seram Ismahalil..

Boleh tahan jugak cerita-cerita seram yang kadang menyeramkan teapi pada ketika yang sama melucukan jugak.Apabila kisah seram menjadi kisah yang melucukan, maka bolehlah kita kategorikan kisah tersebut sebagai teka-teki..haha..:-)

Contohnya macam cerita hantu kak limah balik rumah tu..(contoh sahaja). Apabila kak limah yang disangka hantu itu bukannya hantu, maka akan jadilah satu teka-teki..siapakah kak limah tersebut.?? Teka-teki ini akan tejawab apabila kita membaca buku cerita sang kancil dengan buaya yang cukup popular di zaman aku masih kanak-kanak dahulu (sekitar tahun 90-an).

Jadi apa kaitannya kisah seram dengan cerita sang kancil dengan buaya pula? hahaha...Mari kita gabungkan kisah seram, melucukan, teka-teki dan cerita sang kancil dengan buaya. Ceritanya begini..jeng..jeng..jeng..

Di satu malam yang sepi, Abu dan Man berjalan pulang dari rumah pakcik kepada Abu. Perjalanan mereka untuk sampai ke rumah masing-masing akan melalui satu kawasan tanah perkuburan. Untuk menghilangkan rasa seram, Abu dan Man masing-masing mulalah bercerita kisah sang kancil dengan buaya. Sebaik saja melalui kawasan perkuburan, mereka ternampak kepulan-kepulan asap dalam samar-samar cahaya bulan malam ke-19 bulan Islam di salah satu kubur yang jaraknya dalam 20 kaki dari mereka.

Timbul teka-teki dalam fikiran mereka berdua. Asap apakah yang yang mereka lihat itu? Tanpa membuang masa mereka pun berjalan cepat-cepat dan berlari-lari anak  pulang menuju ke rumah. Keesokkan paginya, mereka terus pergi menyiasat asap apakah yang mereka lihat semalam. Setelah sampai di kubur tersebut, mereka berdua tersenyum simpul dan adakalanya ketawa. Rupa-rupanya asap tersebut datangnya dari tunggul kayu yang secara sengaja di bakar untuk membersihkan kawasan kubur di situ..

Kesimpulannya, bukan semua kejadian-kejadian yang menyeramkan itu ada kaitan dengan cerita sang kancil dengan buaya..Tetapi secara kebetulan pada waktu kejadian Abu dan Man bercerita tentang cerita sang kancil dengan buaya, maka sang kancil dan buaya pun turut sama terlibat dalam cerita tersebut..

Sudah sampai sini.. :-)

19 April 2011

Pelbagai Jenis Cinta

Hari ini mari kita sama-sama kongsikan tentang kepelbagaian cinta.

Cinta itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan.
Walau pedas hingga mengalir airmata, masih mahu dimakan juga..

Ada juga yang mengatakan cinta itu bagaikan kurap.
Semakin digaru, semakin sedap walaupun adakalanya amat memedihkan..

Selain itu terdapat juga cinta yang manis bagaikan madu. Terlalu banyak manis-manis sehingga terkena penyakit kencing bermanisan. Ada juga cinta yang pahit bak hempedu, tapi masih boleh terus ditelan. Tetapi cinta yang kadang agak sukar diterima akal ialah 'cinta buta'.. hehehee..

Sekarang mari kita gabungkan kesemua jenis-jenis cinta ini dalam satu cerita yang boleh membuatkan sesiapa yang membacanya menjadi terkejut beruk dan menggelabah seperti biawak yang disergah ketika sedang melintas jalan..

Toya (nama sebenar) sedang makan nasi berlaukkan ikan goreng dan sambal belacan. Ketika sedang makan, Toya termakan hempedu ikan yang amat pahit, namun terpaksa ditelan kerana sedapnya dicicah dengan sambal belacan. Selepas selesai makan dia dengan penuh perasaan mengirup air yang dicampur madu, penuh kenikmatan yang terus menghilangkan dahaga..

Dengan tidak disangka-sangka, punggungnya terasa amat gatal kerana masalah kurap yang masih belum sembuh. Maklumlah tadi dengan banyaknya Toya telah makan sambal belacan yang telah mengaktifkan kembali kegatalan kurap-kurap tersebut. Tanpa membuang masa, beliau terus mengaru-garu di tempat yang gatal tersebut..Maklumlah, makin digaru semakin sedap pulak rasanya..haha..Itulah yang dinamakan 'cinta buta'.

Sekian.. :-)

10 April 2011

Coretan Hari Ini

Terasa gatal pulak tangan hari ni (bukan disebabkan kurap atau yang sewaktu dengannya) nak menaip pada papan kekunci komputer. Bukannya apa, tetapi saja teringin nak berkongsi di blog aku yang ntah apa-apa ni. Untuk makluman semua, dapatlah kiranya ketika kita menulis sesuatu penulisan, seboleh-bolehnya gunakanlah sepenuhnya bahasa yang tiada singkatan atau apa-apa yang sama maksud dengannya..

Belajarlah menulis dengan menggunakan ayat-ayat bahasa baku supaya kita sama-sama menggunakan sepenuhnya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan..hehehe.. Kalau kita tidak menggunakannya, rasanya amatlah rugi apatah lagi jika kita terkadang itu dengan sengaja menggunakan perkataan singkatan yang adakalanya sukar untuk difahami jika kita mencari maksudnya di dalam kamus. :-)

"Cintailah bahasa kita, bahasa jiwa bangsa"

06 April 2011

Pelawak Tulang

Zaman sekarang ni, kita semua semakin kerap dihiburkan oleh ramai pelawak-pelawak atau rancangan lawak yang ditayangkan di skrin TV rumah masing-masing. Terdapat juga stesen-stesen TV berbayar yang menyiarkan siri lawak-lawak secara langsung dan ada diantara penonton yang telah mengundi sehingga ada pelawak yang telah menang. Persoalannya, adakah kita semua mengetahui yang di dalam bebanyak pelawak tersebut layak disebut pelawak tulang?

Seorang yang boleh menyebabkan orang lain tergamam tanpa mampu berkata atau berbuat apa-apa, itulah yang degelar 'Pelawak Tulang'. 'Pelawak Tulang' merupakan seorang yang cukup serius, bercakap dengan gaya bahasa baku/bahasa persuratan, berwajah selamba (masih lagi serius). Setiap kata-katanya mampu membuatkan orang yang sedang ketawa, menangis, sedih, gembira, sedang bercakap, marah dan sebagainya (yang sama maksud dengan semua tersebut) menjadi tergamam dan otak tidak mampu menafsirkan samada dia sedang membuat lawak atau sebaliknya.. pendek kata jika suasana yang sebelumnya riuh rendah menjadi sunyi seketika dan kemudian akan diikuti dengan deraian ketawa hingga mampu mengeluarkan tulang ikan yang tercekik di kerongkong akibat gelojoh makan ikan terubuk bakar..

Apabila seseorang itu mempunyai ciri-ciri seperti yang telah ditulis itu, maka layaklah beliau digelar 'Pelawak Tulang'. Fuhh... memang cukup sukar untuk menjadi 'Pelawak Tulang' rupanya kan...hahahaha..

05 April 2011

Merangkak Ke Bulan

Tajuk 'posting' ni memang tiada kena mengena dengan apa yang aku tulis di bawah tu. Tapi kepada sesiapa yang membacanya bolehlah menggunakan segala kreativiti masing-masing untuk menghubung-kaitkan tajuk tersebut dengan segala coretan di bawah. Pandai-pandailah fikir sendiri..hehe..

Sedar tak sedar, sudah lebih sebulan aku menjadi CEO syarikat saham sendirian berhad (tanpa had) aku ni. Walaupun masih dok merangkak-rangkak lagi, aku rasa semakin seronok pulak. Sendiri buat keputusan, tak ada siapa pun nak boleh marah dan beri arahan kat aku..ikut suka aku..

Kadang macam kelakar pulak aku rasa. Rupa-rupanya ada orang kat luar sana buat duit cukup mudah, risiko ditanggung sendiri. Sama la macam aku sekarang ni, baru nak belajar berurusniaga (bukan skim cepat kaya tau) dan ianya sah mengikut undang-undang. Sesiapa saja boleh menjadi 'spekulator' dan anda tidak akan di dakwa..hahaha.. Satu tempat yang menjadi lubuk harta.

Susah mau cakap woo...anda perlu merasainya sendiri betapa seronok dan mendebarkan dalam berurusniaga di pasaran saham..memang best..bagi sesiapa yang tak tahan emosi memang tak boleh tidur malam dibuatnya..maklum la, risiko tanggung sendiri. hahaha... Apa-apa pun layan sajalah. Yang paling penting sekarang ni aku dah berjaya menggelarkan diri aku sendiri sebagai CEO..ha.ha.ha.. (gelak gaya macam yasin baca dialog dalam ceta zombi kampung pisang).