Di waktu malam yang sepi ini, ketika aku sedang melayan lagu di radio Thr Gegar.fm, teringat pula zaman-zaman belajar dulu. Masa itu layan radio Thr jugak, pukul 1,2,3,4,5 pagi..ada kisah-kisah seram Ismahalil..
Boleh tahan jugak cerita-cerita seram yang kadang menyeramkan teapi pada ketika yang sama melucukan jugak.Apabila kisah seram menjadi kisah yang melucukan, maka bolehlah kita kategorikan kisah tersebut sebagai teka-teki..haha..:-)
Contohnya macam cerita hantu kak limah balik rumah tu..(contoh sahaja). Apabila kak limah yang disangka hantu itu bukannya hantu, maka akan jadilah satu teka-teki..siapakah kak limah tersebut.?? Teka-teki ini akan tejawab apabila kita membaca buku cerita sang kancil dengan buaya yang cukup popular di zaman aku masih kanak-kanak dahulu (sekitar tahun 90-an).
Jadi apa kaitannya kisah seram dengan cerita sang kancil dengan buaya pula? hahaha...Mari kita gabungkan kisah seram, melucukan, teka-teki dan cerita sang kancil dengan buaya. Ceritanya begini..jeng..jeng..jeng..
Di satu malam yang sepi, Abu dan Man berjalan pulang dari rumah pakcik kepada Abu. Perjalanan mereka untuk sampai ke rumah masing-masing akan melalui satu kawasan tanah perkuburan. Untuk menghilangkan rasa seram, Abu dan Man masing-masing mulalah bercerita kisah sang kancil dengan buaya. Sebaik saja melalui kawasan perkuburan, mereka ternampak kepulan-kepulan asap dalam samar-samar cahaya bulan malam ke-19 bulan Islam di salah satu kubur yang jaraknya dalam 20 kaki dari mereka.
Timbul teka-teki dalam fikiran mereka berdua. Asap apakah yang yang mereka lihat itu? Tanpa membuang masa mereka pun berjalan cepat-cepat dan berlari-lari anak pulang menuju ke rumah. Keesokkan paginya, mereka terus pergi menyiasat asap apakah yang mereka lihat semalam. Setelah sampai di kubur tersebut, mereka berdua tersenyum simpul dan adakalanya ketawa. Rupa-rupanya asap tersebut datangnya dari tunggul kayu yang secara sengaja di bakar untuk membersihkan kawasan kubur di situ..
Kesimpulannya, bukan semua kejadian-kejadian yang menyeramkan itu ada kaitan dengan cerita sang kancil dengan buaya..Tetapi secara kebetulan pada waktu kejadian Abu dan Man bercerita tentang cerita sang kancil dengan buaya, maka sang kancil dan buaya pun turut sama terlibat dalam cerita tersebut..
Sudah sampai sini.. :-)
No comments:
Post a Comment